HARI KELUARGA PASTI (HKP) 2011...Siri 2

Tuesday, May 31, 2011

0 comments
Pertama sekali saya minta maaf kerana lambat nak update blog.Inilah aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada Hari Keluarga Pasti Putatan yang lepas...sambungan siri 1.....Semoga bermanfaat...















HARI KELUARGA PASTI (HKP) PUTATAN 2011...SIRI 1

Saturday, April 30, 2011

0 comments
Alhamdulillah,pada 24 April 2011 yang lepas di Pantai Tanjung Aru 2 Hari Keluarga PASTI Putatan telah dapat diadakan dengan baik dan lancar.Cuaca yang baik juga telah menambahkan keceriaan kepada semua keluarga yang hadir pada hari tersebut.Tema Hari Keluarga "Santai Bersama,Erat Ukhuwwah" memang benar-benar dapat dirasai.Tahiah juga kepada pihak AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.Semoga ia dapat diadakan sebagai program tahunan pada masa akan datang InsyaAllah.

Banner yang 'menarik'..
 Ucapan alu-aluan oleh Ustaz Akmal atau lebih dikenali sebagai Abu Nuha

 Antara guru-guru PASTI yang sibuk di kaunter pendaftaran
Terima kasih buat penyumbang hamper.
Antara keluarga yang hadir
 Pertandingan Mewarna untuk anak-anak PASTI

Pertandingan Masakan Paling Sedap
Salah seorang peserta Pertandingan Mewarna
 Ihsan gambar:Lensataibah

InsyaAllah gambar-gambar seterusnya akan diupload dari semasa ke semasa...

HARI KELUARGA PASTI (HKP) 2011

Friday, April 15, 2011

0 comments

Assalammu'alaikum wbt

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM kawasan Putatan InsyaAllah akan mengadakan Hari Keluarga PASTI (HKP) pada 24 April 2011.Sehubungan dengan itu,pihak penganjur ingin memohon sumbangan sama ada dalam bentuk hamper atau kewangan bagi membantu melancarkan perlaksanaan program tersebut.Semoga sumbangan anda diberikan Allah ganjaran sebaik-baiknya.Amin.
Untuk menyampaikan sumbangan tersebut sila berhubung dengan PASTI terdekat anda.

USRAH GURU PASTI

Thursday, March 31, 2011

0 comments
Assalammu'alaikum wbt

Alhamdulillah,atas izin-Nya jua usrah guru-guru PASTI Putatan dapat diadakan dengan lancar pada 20 Mac 2011 iaitu pada hari Ahad yang lalu.Ia tutut dihadiri oleh AJK Muslimat Putatan.Lebih dari 10 ahli usrah hadir dan penulis sendiri amat gembira dengan kedatangan 'tetamu' yang ramai ini.Sememangnya ukhuwwah itu indah,walaupun kadang kala ada perbezaan pendapat;tidak lain niatnya untuk membangunkan ummah yang semakin lesu dengan pelbagai cabaran.

Antara intipati usrah kali ini ialah:
  1. Peranan pendidik (fokus guru PASTI).Walaupun hanya mengajar kanak-kanak yang berumur lingkungan 4-6 tahun,tetapi pada tahap umur beginilah akhlak manusia terbentuk.Malah,mereka boleh menjadi daie cilik untuk keluarga mereka.Guru-guru PASTI mestilah menunjukkan akhlak terbaik dan mengikut lunas-lunas Islam agar dicontohi oleh pelajar-pelajar.Contohnya,pelajar-pelajar perempuan PASTI diwajibkan memakai tudung maka mungkin dengan naluri 'anak-anak' itu cuba mengajak keluarganya menutup aurat dengan sempurna.Itu adalah satu kejayaan dan menjadi perangsang bagi guru-guru PASTI untuk lebih bersungguh-sungguh untuk mendidik para pelajar.Semoga niat ikhlas guru-guru PASTI akan dibalas oleh Allah SWT. (Usrah disampaikan oleh:Cikgu Wahayu - Guru PASTI Bukit Padang).
  2. Sekiranya kita lihat,jumlah ummat Islam di seluruh dunia adalah ramai;tetapi mencari orang Islam yang berkualiti amatlah susah.Hanya Islam pada nama sahaja.Ia umpama 'buih-buih di lautan'.Tiba- tiba di pantai hilanglah ia.Ketinggalan dari pelbagai sudut termasuklah ekonomi,politik,akademik dan lain-lain sepatutnya  menjadi pencetus kepada yang memahami agama Islam secara menyeluruh agar turun kepada masyarakat untuk berdakwah.Berdakwah kepada masayarakat hendaklah dipelbagaikan lagi caranya seperti melalui facebook,twitter,blog dan laman web sosial yang lain bagi mengekang anasir-anasir tidak sihat kepada ummat Islam.Mungkin kuliah,usrah dan majlis ilmu yang lain perlu diperbaiki lagi dengan menambah powerpoint,tayangan LCD dan video untuk memantapkan lagi penyampaian tersebut.(Usrah disampaikan oleh:Saudari Norsheela)

Semoga kehadiran kita pada hari tersebut dapat merapatkan lagi ukhuwwah sesama kita.Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut.

"MANTAPKAN UKHUWWAH HINDARKAN PERPECAHAN;ISLAM KAN GEMILANG'
TAKBIR...!

HAPUS SOMBONG KAEDAH IMAM GHAZALI

Monday, March 7, 2011

0 comments
Marilah kita sama-sama buang sifat sombong ini jauh-jauh dari diri kita.Bagaimana caranya?Inilah antara yang disarankan oleh Imam Gazali:
  1. Apabila bertemu kanak-kanak,anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding diri kita yang sudah lali dengan dosa.
  2. Apabila bertemu dengan orang tua,anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana hidup lebih lama berbanding dnegan kita.
  3. Apabila bertemu dengan orang alim,anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yang mereka pelajari lebih banyak daripada kita.
  4. Apabila bertemu dengan orang yang jahil,anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan,sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan terang-terangan.
  5. Apabila melihat orang jahat,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya.
  6. Apabila melihat orang kafir,berdoalah di dalam hati,agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dan dengan izin Allah,segala dosa mereka akan diampuni.
Dipetik dari artikel:Kenapa Sombong?Segmen Tazkirah: Majalah Al Islam Mac 2011

MEKANISME OTAK LELAKI

Saturday, February 19, 2011

0 comments
Salam Maulidur Rasul 1432H dari PASTI Al-Fathonah.Semoga kita sama-sama menghayati sirah dan akhlak mulia Rasulullah saw.Mungkin catatan kali ini boleh membantu guru-guru PASTI mengenai mekanisme otak lelaki.

Michael Gurian di dalam bukunya The Minds of Boys 2005 mendapati berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya sendiri terhadap pelajar-pelajar lelaki di sekolah,antaranya mereka:
  • Tidak dapat fokus apa yang guru cakapkan
  • Tidak boleh duduk lama di kerusi
  • Suka belajar satu perkara sahaja dalam sehari dan tidak boleh fokus jika diajar banyak subjek
  • Tidak suka membaca buku teks tetapi lebih suka yang bergambar
  • Cepat jemu,apalagi kalau tiada aktiviti fizikal
  • Kalau belajar,suka membuat terus dari mendengar penerangan lisan daripada guru
  • Hairan mengapa dipaksa ke sekolah,duduk di dalam bangunan yang tertutup,sedangkan dunia di luar sana terbentang luas untuk diterokai.
Artikel diambil dari:Majalah ANIS,Februari 2011,Kolum Adam vs Hawa
Asas minda lelaki ialah lebih kepada sifat perjuangan,pertandingan dan penguasaan.Jadi,guru-guru sekalian hendaklah bijak dan gunalah kreativiti anda untuk pembelajaran ya....!

ADAB-ADAB MAKAN DALAM ISLAM

Saturday, February 5, 2011

0 comments

Imam Al-Ghazali ada menyebut dalam Ihya Ulumiddin:

Nafsu anak yang paling kuat ialah pada makanan,maka didiklah dia:

* Untuk makan dengan tangan kanan.

* Membaca Bismillah dan hanya makan makanan yang berdekatan dengannya.

* Janganlah dia mendahului orang-orang lain yang lebih tua daripadanya.

* Janganlah dia dididik untuk tidur siang hari kerana ia menjadikannya malas tapi biarlah dia tidur pada waktu malam



Sumber:Anakku Hebat Anakku Soleh:Zahazan Mohamad;Terbitan Telaga Biru