USRAH GURU PASTI

Thursday, March 31, 2011

Assalammu'alaikum wbt

Alhamdulillah,atas izin-Nya jua usrah guru-guru PASTI Putatan dapat diadakan dengan lancar pada 20 Mac 2011 iaitu pada hari Ahad yang lalu.Ia tutut dihadiri oleh AJK Muslimat Putatan.Lebih dari 10 ahli usrah hadir dan penulis sendiri amat gembira dengan kedatangan 'tetamu' yang ramai ini.Sememangnya ukhuwwah itu indah,walaupun kadang kala ada perbezaan pendapat;tidak lain niatnya untuk membangunkan ummah yang semakin lesu dengan pelbagai cabaran.

Antara intipati usrah kali ini ialah:
  1. Peranan pendidik (fokus guru PASTI).Walaupun hanya mengajar kanak-kanak yang berumur lingkungan 4-6 tahun,tetapi pada tahap umur beginilah akhlak manusia terbentuk.Malah,mereka boleh menjadi daie cilik untuk keluarga mereka.Guru-guru PASTI mestilah menunjukkan akhlak terbaik dan mengikut lunas-lunas Islam agar dicontohi oleh pelajar-pelajar.Contohnya,pelajar-pelajar perempuan PASTI diwajibkan memakai tudung maka mungkin dengan naluri 'anak-anak' itu cuba mengajak keluarganya menutup aurat dengan sempurna.Itu adalah satu kejayaan dan menjadi perangsang bagi guru-guru PASTI untuk lebih bersungguh-sungguh untuk mendidik para pelajar.Semoga niat ikhlas guru-guru PASTI akan dibalas oleh Allah SWT. (Usrah disampaikan oleh:Cikgu Wahayu - Guru PASTI Bukit Padang).
  2. Sekiranya kita lihat,jumlah ummat Islam di seluruh dunia adalah ramai;tetapi mencari orang Islam yang berkualiti amatlah susah.Hanya Islam pada nama sahaja.Ia umpama 'buih-buih di lautan'.Tiba- tiba di pantai hilanglah ia.Ketinggalan dari pelbagai sudut termasuklah ekonomi,politik,akademik dan lain-lain sepatutnya  menjadi pencetus kepada yang memahami agama Islam secara menyeluruh agar turun kepada masyarakat untuk berdakwah.Berdakwah kepada masayarakat hendaklah dipelbagaikan lagi caranya seperti melalui facebook,twitter,blog dan laman web sosial yang lain bagi mengekang anasir-anasir tidak sihat kepada ummat Islam.Mungkin kuliah,usrah dan majlis ilmu yang lain perlu diperbaiki lagi dengan menambah powerpoint,tayangan LCD dan video untuk memantapkan lagi penyampaian tersebut.(Usrah disampaikan oleh:Saudari Norsheela)

Semoga kehadiran kita pada hari tersebut dapat merapatkan lagi ukhuwwah sesama kita.Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut.

"MANTAPKAN UKHUWWAH HINDARKAN PERPECAHAN;ISLAM KAN GEMILANG'
TAKBIR...!

0 comments:

Post a Comment