Pertama sekali saya minta maaf kerana lambat nak update blog.Inilah aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada Hari Keluarga Pasti Putatan yang lepas...sambungan siri 1.....Semoga bermanfaat...
HARI KELUARGA PASTI (HKP) 2011...Siri 2
Tuesday, May 31, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 9:25 PM 0 commentsHARI KELUARGA PASTI (HKP) PUTATAN 2011...SIRI 1
Saturday, April 30, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 3:38 PM 0 comments
Alhamdulillah,pada 24 April 2011 yang lepas di Pantai Tanjung Aru 2 Hari Keluarga PASTI Putatan telah dapat diadakan dengan baik dan lancar.Cuaca yang baik juga telah menambahkan keceriaan kepada semua keluarga yang hadir pada hari tersebut.Tema Hari Keluarga "Santai Bersama,Erat Ukhuwwah" memang benar-benar dapat dirasai.Tahiah juga kepada pihak AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.Semoga ia dapat diadakan sebagai program tahunan pada masa akan datang InsyaAllah.
Banner yang 'menarik'..
Ucapan alu-aluan oleh Ustaz Akmal atau lebih dikenali sebagai Abu Nuha
Antara guru-guru PASTI yang sibuk di kaunter pendaftaran
Terima kasih buat penyumbang hamper.
Antara keluarga yang hadir
Pertandingan Mewarna untuk anak-anak PASTI
Pertandingan Masakan Paling Sedap
Salah seorang peserta Pertandingan Mewarna
Ihsan gambar:Lensataibah
InsyaAllah gambar-gambar seterusnya akan diupload dari semasa ke semasa...
HARI KELUARGA PASTI (HKP) 2011
Friday, April 15, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 7:06 AM 0 commentsAssalammu'alaikum wbt
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM kawasan Putatan InsyaAllah akan mengadakan Hari Keluarga PASTI (HKP) pada 24 April 2011.Sehubungan dengan itu,pihak penganjur ingin memohon sumbangan sama ada dalam bentuk hamper atau kewangan bagi membantu melancarkan perlaksanaan program tersebut.Semoga sumbangan anda diberikan Allah ganjaran sebaik-baiknya.Amin.
Untuk menyampaikan sumbangan tersebut sila berhubung dengan PASTI terdekat anda.
USRAH GURU PASTI
Thursday, March 31, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 12:53 AM 0 comments
Assalammu'alaikum wbt
Alhamdulillah,atas izin-Nya jua usrah guru-guru PASTI Putatan dapat diadakan dengan lancar pada 20 Mac 2011 iaitu pada hari Ahad yang lalu.Ia tutut dihadiri oleh AJK Muslimat Putatan.Lebih dari 10 ahli usrah hadir dan penulis sendiri amat gembira dengan kedatangan 'tetamu' yang ramai ini.Sememangnya ukhuwwah itu indah,walaupun kadang kala ada perbezaan pendapat;tidak lain niatnya untuk membangunkan ummah yang semakin lesu dengan pelbagai cabaran.
Antara intipati usrah kali ini ialah:
Semoga kehadiran kita pada hari tersebut dapat merapatkan lagi ukhuwwah sesama kita.Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut.

- Peranan pendidik (fokus guru PASTI).Walaupun hanya mengajar kanak-kanak yang berumur lingkungan 4-6 tahun,tetapi pada tahap umur beginilah akhlak manusia terbentuk.Malah,mereka boleh menjadi daie cilik untuk keluarga mereka.Guru-guru PASTI mestilah menunjukkan akhlak terbaik dan mengikut lunas-lunas Islam agar dicontohi oleh pelajar-pelajar.Contohnya,pelajar-pelajar perempuan PASTI diwajibkan memakai tudung maka mungkin dengan naluri 'anak-anak' itu cuba mengajak keluarganya menutup aurat dengan sempurna.Itu adalah satu kejayaan dan menjadi perangsang bagi guru-guru PASTI untuk lebih bersungguh-sungguh untuk mendidik para pelajar.Semoga niat ikhlas guru-guru PASTI akan dibalas oleh Allah SWT. (Usrah disampaikan oleh:Cikgu Wahayu - Guru PASTI Bukit Padang).
- Sekiranya kita lihat,jumlah ummat Islam di seluruh dunia adalah ramai;tetapi mencari orang Islam yang berkualiti amatlah susah.Hanya Islam pada nama sahaja.Ia umpama 'buih-buih di lautan'.Tiba- tiba di pantai hilanglah ia.Ketinggalan dari pelbagai sudut termasuklah ekonomi,politik,akademik dan lain-lain sepatutnya menjadi pencetus kepada yang memahami agama Islam secara menyeluruh agar turun kepada masyarakat untuk berdakwah.Berdakwah kepada masayarakat hendaklah dipelbagaikan lagi caranya seperti melalui facebook,twitter,blog dan laman web sosial yang lain bagi mengekang anasir-anasir tidak sihat kepada ummat Islam.Mungkin kuliah,usrah dan majlis ilmu yang lain perlu diperbaiki lagi dengan menambah powerpoint,tayangan LCD dan video untuk memantapkan lagi penyampaian tersebut.(Usrah disampaikan oleh:Saudari Norsheela)
Semoga kehadiran kita pada hari tersebut dapat merapatkan lagi ukhuwwah sesama kita.Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut.
"MANTAPKAN UKHUWWAH HINDARKAN PERPECAHAN;ISLAM KAN GEMILANG'
TAKBIR...!
HAPUS SOMBONG KAEDAH IMAM GHAZALI
Monday, March 7, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 7:30 AM 0 comments
Marilah kita sama-sama buang sifat sombong ini jauh-jauh dari diri kita.Bagaimana caranya?Inilah antara yang disarankan oleh Imam Gazali:
- Apabila bertemu kanak-kanak,anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding diri kita yang sudah lali dengan dosa.
- Apabila bertemu dengan orang tua,anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana hidup lebih lama berbanding dnegan kita.
- Apabila bertemu dengan orang alim,anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yang mereka pelajari lebih banyak daripada kita.
- Apabila bertemu dengan orang yang jahil,anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan,sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan terang-terangan.
- Apabila melihat orang jahat,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya.
- Apabila melihat orang kafir,berdoalah di dalam hati,agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dan dengan izin Allah,segala dosa mereka akan diampuni.
Dipetik dari artikel:Kenapa Sombong?Segmen Tazkirah: Majalah Al Islam Mac 2011
MEKANISME OTAK LELAKI
Saturday, February 19, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 1:20 AM 0 comments
Salam Maulidur Rasul 1432H dari PASTI Al-Fathonah.Semoga kita sama-sama menghayati sirah dan akhlak mulia Rasulullah saw.Mungkin catatan kali ini boleh membantu guru-guru PASTI mengenai mekanisme otak lelaki.
Michael Gurian di dalam bukunya The Minds of Boys 2005 mendapati berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya sendiri terhadap pelajar-pelajar lelaki di sekolah,antaranya mereka:
Asas minda lelaki ialah lebih kepada sifat perjuangan,pertandingan dan penguasaan.Jadi,guru-guru sekalian hendaklah bijak dan gunalah kreativiti anda untuk pembelajaran ya....!
Michael Gurian di dalam bukunya The Minds of Boys 2005 mendapati berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya sendiri terhadap pelajar-pelajar lelaki di sekolah,antaranya mereka:
- Tidak dapat fokus apa yang guru cakapkan
- Tidak boleh duduk lama di kerusi
- Suka belajar satu perkara sahaja dalam sehari dan tidak boleh fokus jika diajar banyak subjek
- Tidak suka membaca buku teks tetapi lebih suka yang bergambar
- Cepat jemu,apalagi kalau tiada aktiviti fizikal
- Kalau belajar,suka membuat terus dari mendengar penerangan lisan daripada guru
- Hairan mengapa dipaksa ke sekolah,duduk di dalam bangunan yang tertutup,sedangkan dunia di luar sana terbentang luas untuk diterokai.
Artikel diambil dari:Majalah ANIS,Februari 2011,Kolum Adam vs Hawa
ADAB-ADAB MAKAN DALAM ISLAM
Saturday, February 5, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 2:43 PM 0 commentsImam Al-Ghazali ada menyebut dalam Ihya Ulumiddin:
Nafsu anak yang paling kuat ialah pada makanan,maka didiklah dia:
* Untuk makan dengan tangan kanan.
* Membaca Bismillah dan hanya makan makanan yang berdekatan dengannya.
* Janganlah dia mendahului orang-orang lain yang lebih tua daripadanya.
* Janganlah dia dididik untuk tidur siang hari kerana ia menjadikannya malas tapi biarlah dia tidur pada waktu malam
Sumber:Anakku Hebat Anakku Soleh:Zahazan Mohamad;Terbitan Telaga Biru
BERSEGERALAH UNTUK MENDIDIK ANAK
Monday, January 17, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 11:57 PM 0 comments
Assalammu'alaikum wbt
Artikel ini dipetik dari satu blog yang saya kagumi.Anaknya telah menghafaz Al-Quran dalam umur 3 tahun...!Mari kita tengok apa yang diperkatakan oleh ibunya....Kalau nak ke blognya sila klik ANAK HEBAT
Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)
Kalau kita lihat sejarah ilmuwan Islam semasa zaman Islam gemilang, semuanya memulakan pendidikan sejak dari kecil lagi. Mereka bukanlah terus menjadi orang bijak pandai secara tiba2. Majoriti mereka telah menghafaz seluruh al Quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang-cabang ilmu matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain-lain. Cara begitulah ilmuwan Islam seperti al-khawarizmi, ibnu khaldun, ibnu Rushd, ibnu Sina, al Farabi, ibnul Khaitam dan lain lain lahir. Jika difikirkan banyak benarnya juga. Ikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk proses berfikir secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa. Sementara otak kanan pula untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan dengan seni, muzik dan lain-lain.
Pernah membaca biografi Imam kita, Imam Shafie? Beliau merupakan antara Imam yang paling bijak dan telah menghafaz quran seluruhnya pada umur 7 tahun. Bila saya baca kenyataan tentang beliau menghafaz seluruh isi Al Quran pada umur 7 tahun, saya berkata dalam hati..
'Ia Mustahil untuk anak orang lain!! Kerana dia adalah orang yang terpilih, maka jadilah beliau hebat begitu!'.
Ketika itu saya seolah terdengar ada suara membisikkan pada saya bahawa ia tidak mustahil! Anak saya boleh mencapai apa yang saya fikir mustahil jika saya, ibunya berkeinginan dan dengan izin Allah ia akan terjadi. Ketika itu saya sedang hamil anak pertama, Darwisya. Saya bernazar, jika impian saya tercapai, saya akan berkongsi dengan masyarakat umum. Inilah sebab terhasilnya blog ini. Saya telah melalui dimana permulaannya, untuk mengajar anak Al Quran hingga tahap ini, saya tidak tahu bagaimana mahu bermula, apa yang patut dan perlu kerana tiada rujukan di mana-mana. Semoga blog ini memanfaatkan ibu bapa diluar sana..
Berbalik kepada Imam Shafie menghafal seluruh isi Al Quran pada umur 7 tahun, bagi saya ia sudah tidak mustahil lagi kerana kalau anak saya yang pada zaman moden yang ada TV dan Video, yang boleh saya katakan setiap hari akan menonton TV/CD kesukaannya, suka bermain dan hanya belajar mengaji sekejap-sekejap ini pun boleh membaca Al Quran dan menghafaz 8 surah pada umur belum sampai 3 tahun setakat 28/6/09 (satu minggu satu surah pendek). Inikan pula jika seseorang itu hidup pada zaman para salafussoleh dimana pegangan agama Islam masih kuat lagi. Saya di beritahu oleh seorang guru tahfiz dari salah satu Madrasah Tahfiz di Shah Alam bahawa pelajar beliau mampu menghafal seluruh alQuran dalam masa 2 tahun jika sepenuh masa. Beliau pernah mempunyai seorang murid yang pintar yang menamatkan hafazan dalam masa 1 tahun 4 bulan sahaja. Maka kesimpulan saya, Imam Shafie mungkin boleh membaca alquran pada umur 3 tahun dan menghafal seluruh isi alquran selepas itu! Maka tidak mustahil untuk diterima akal beliau menghafal Quran pada umur 7 tahun.
Ibu saya pernah berkata, jika Al Fatihah yang kamu ajar pada seorang kanak-kanak yang belum tahu, maka pahala setiap kali bacaannya akan sampai kepada kamu walaupun kamu sudah mati. Jika anak kamu mengajar anaknya alfatihah pula, pahalanya akan juga sampai kepada kamu kerana kamulah yang mengajar sehingga dia boleh mengajar anaknya sendiri. Kita tahu bahawa ada 17 kali surah al Fatihah akan dibaca dalam sehari untuk solat wajib dan pahalanya mengalir kepada kita kerana kita yang mengajarnya. Bagi saya, mengajar anak sendiri ibarat saya memulakan perniagaan multi level untuk dunia akhirat saya! Sebab itu saya berebut untuk mengajar anak saya terlebih dahulu sebelum guru tadikanya atau guru agamanya bila dia bersekolah nanti.
Agak mencabar juga untuk mengajar kanak-kanak kerana kita perlu banyak bersabar setelah diri kita letih menguruskan perniagaan sehari-hari. Saya rasa ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa agak beruntung kerana boleh menghabiskan masa sepenuhnya dengan anak-anak. Kesibukkan tugas menguruskan perniagaan saya kadang-kadang melalaikan saya. Saya harap saya dapat terus mendisiplinkan diri untuk mendidik anak saya walau bagaimana sibuk pun. Caranya, saya akan cuba selalu mengingatkan diri saya akan ayat ini.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan"..

MARI HAFAL LAGU PASTI...!
Wednesday, January 12, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 7:43 AM 0 commentsKELAB SMART AL-QURAN PASTI AL-FATHONAH
Saturday, January 8, 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 4:58 PM 0 commentsSEKITAR PENDAFTARAN PELAJAR PASTI AL-FATHONAH 2011
Posted by MENJANA GENERASI ALQUR'AN at 4:51 PM 0 commentsPapan tanda baru Pasti Al-Fathonah
Antara anak-anak yang mendaftar di Pasti
Pelajar baru dan lama di Pasti
Antara ibu bapa yang mengisi borang pendaftaran
Banner Pendaftaran Pasti..
Gambar Ihsan dari familitaibah.blogspot.com
Sesi pendaftaran pelajar-pelajar PASTI Al-Fathonah telah diadakan pada 3 dan 4 Januari 2011 yang lepas.Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar.Jumlah pelajar setakat ini ialah 16 orang dengan 2 orang guru.Sekiranya ada ibu bapa yang masih berminat sila hubungi Cikgu Hasmaeni:013-8758459 atau Cikgu Mersom:016-8141894.
Subscribe to:
Posts (Atom)